HOKI
Piala Negara-Negara: Akhimullah guna 'peluang kedua' sebaik mungkin
Penyerang skuad hoki negara, Akhimullah Anuar Esook, meluahkan rasa syukur apabila khidmatnya kembali ditagih dan mendapat tempat dalam perancangan ketua jurulatih, Sarjit Singh.
Ia berikutan tempoh yang agak sukar bagi dirinya sejak tiga tahun lalu kerana tidak dipilih menyertai skuad negara ketika dibawah kendalian jurulatih terdahulu, Arul Selvaraj.
"Jurulatih banyak beri saya peluang untuk saya buktikan yang saya mampu dan kenapa saya patut ada dalam pasukan," katanya menerusi Nadi Arena.
Iklan
Menjelang Piala Negara-Negara yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur pada Jun depan, Akhimullah memaklumkan bahawa dia sudah bersedia untuk mengetuai jentera serangan skuad The Speedy Tigers bermula dalam jelajah Korea Selatan yang bermula 18 hingga 29 Mei ini.
Peluang kembali menyertai skuad kebangsaan yang diperoleh diiringi tanggungjawab lebih besar apabila berkemungkinan menjadi pengganti Faizal Saari yang telah mengumumkan persaraannya pada Februari lalu.
Akhimullah, bagaimanapun, mengakui bahawa kesemua pemain masih bergantung harap pada Faizal untuk mengemudi pasukan dan didikannya dijadikan azimat untuk kembali menjadikan Malaysia sebuah pasukan yang terus digeruni.
"Fitri adalah seorang pemain senior yang banyak bagi tunjuk ajar pada kami, dia ada satu perwatakan yang mana dia selalu ada untuk bagi kata-kata semangat," katanya.
Must-Watch Video