Malaysia Speedy membuka perlawanan Kumpulan B lelaki dengan langkah kanan apabila berjaya menundukkan Queensland 4-1 dalam Piala Mirnawan 2024 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.

Anak-anak buah Sufian Mohamad membuka jaringan menerusi Muhamad Hisyammudin pada minit ke-29 sebelum pukulan sudut penalti Benecdick Kulleh Anak Martin menyumbat gol kedua pada suku ketiga permainan.

Muhammad Zakir Haidil Amran dan Amran Kashimi Ahmad Kamil menambah jaringan, sekali gus memimpin aksi dengan kelebihan empat gol berbaki perlawanan tersebut.




Sementara itu, hasrat skuad Malaysia Tigress B meraih kemenangan pertama tidak kesampaian susulan dibelasah 0-11 kepada Jepun dalam aksi Kumpulan Y.

Terdahulu, mereka turut mengalami kekalahan kepada 0-4 kepada Afrika Selatan akibat kesilapan dan kelalaian pertahanan menjadi punca kepada semua gol dilepaskan.