Skip to main content

Sepak Takraw

Piala Menteri Besar Negeri Sembilan: Tuan rumah mara ke separuh akhir tumpaskan Tanjung Rimau B

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

takraw.jpg
Negeri Sembilan B melayakkan diri ke separuh akhir Kejohanan Sepak Takraw Piala Menteri Besar Negeri Sembilan kategori veteran selepas menewaskan Tanjung Rimau B di N9 Arena, petang tadi.

Tuan rumah yang membariskan Nasir Rahmat sebagai tekong, Syuhardie Sahidan sebagai apit kiri dan Aidil Bahari sebagai perejam ketinggalan pada awal saingan selepas gandingan Hasrul Anuar, Fauzi Mamat dan Roslan Said bertindak agresif sebaik aksi bermula untuk memimpin permainan.

Anak buah Fairul Jamaluddin itu kemudiannya mengejar untuk pendahuluan bertukar tangan.

Terikat 13-13, aksi semakin sengit, sebelum Negeri Sembilan B memastikan kemenangan set pertama 17-16.




Set kedua, Tanjung Rimau B bermula hambar, membenarkan Negeri Sembilan B mendominasi permainan 14-10.

Serba tidak menjadi buat pasukan lawan yang tampak keletihan, sekali gus memudahkan penguasaan Negeri Sembilan B untuk menokhtahkan cabaran dengan keputusan 15-12.

Advertisement

Must Watch Video