Skip to main content

Sepak Takraw

Piala Menteri Besar Negeri Sembilan: Mahu sertai Negeri Sembilan Antlers, ada nak main skuad negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mbns.jpg
Sorakan semangat pemain muda memenuhi N9 Arena, Nilai hari ini apabila kategori bakat baru Kejohanan Sepak Takraw Piala Menteri Besar Negeri Sembilan membuka tirainya.

Antara yang mencuri tumpuan ialah tekong muda pasukan tuan rumah, Negeri Sembilan B, yang menampilkan kebolehannya melakukan pelbagai variasi servis, meskipun baru berusia 18 tahun. 

Iqmal Danish, prospek muda yang menggayakan servis kuda, mengakui banyak mendapat inspirasi daripada corak permainan idolanya, Syahir Rosdi.

"Dia (Syahir Rosdi) adalah idola saya dalam sukan ini.

"Untuk menguatkan kaki, saya banyak berlatih dengan berlari dan lompat tali (skipping).

 

"Saya ada memasang impian untuk menyertai Negeri Sembilan Antlers, namun belum ada rezeki," katanya kepada wartawan Astro Arena, Ainul Abd Rouf. 

Seorang lagi pemain yang turut menjadi perhatian adalah Mohd Hakimi Shahrin.

Perejam berusia 20 tahun ini berharap penglibatannya dalam pelbagai kejohanan seperti ini mampu mencipta peluang buat dirinya untuk diserap masuk sebagai pelapis skuad sepak takraw kebangsaan.

"Saya mahu mendapatkan tempat bermain dalam skuad negara. 

"Jika ada rezeki, saya akan usaha lebih baik. 

"Kami juga mahu memenangi pingat dalam Sukan Malaysia (Sukma Selangor) untuk negeri Johor," katanya di Nadi Arena. 

Advertisement

Must Watch Video