Skip to main content

Tenis

Piala Laver: Frances Tiafoe sertai Pasukan Dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

frances-tiafoe.jpg
Frances Tiafoe dinamakan sebagai pengganti John Isner bagi mewakili Pasukan Dunia dalam Kejohan Tenis Piala Laver 2022.

Kecederaan pergelangan tangan yang dialami pemain veteran Amerika Syarikat (AS), Isner, memaksanya menarik diri daripada bertemu Pasukan Eropah bulan ini.

Edisi 2022 akan menjadi penampilan ketiga Tiafoe dalam Piala Laver dan selepas empat tahun tidak menyertai Pasukan Dunia, yang diketuai John McEnroe.

Pasukan yang terdiri daripada enam pemain itu akan turut diwakili dua lagi pemain AS, iaitu Taylor Fritz dan Jack Sock, selain Felix Auger-Aliassime (Kanada), Diego Schwartzman (Argentina) dan Alex de Minaur (Australia).
 

Advertisement

Must Watch Video