Malaysia mempunyai peluang cerah mara ke pusingan kalah mati saingan tenis Kejohanan Kumpulan 2, Piala Konfederasi Asia-Oceania selepas menang mudah menumpaskan Turkmenistan bagi aksi Kumpulan A hari ini.
Pemain negara, Sara Nayar, yang baru kembali selepas melalui kecederaan lutut memulakan aksi perseorangan dengan kemenangan straight set 6-2, 6-1 menumpaskan Guljen Muhammetkuliyeva sebelum Sharifah Elysia Wan Abdul Rahman meneruskan rentak kemenangan menerusi keputusan 6-1, 6-2 ke atas Anastasiya Azimbayeva.
Aksi beregu melengkapkan kemenangan bergaya skuad kebangsaan setelah Suhana Sofia Mohd Adam Das-Jawairiah Noordin mengatasi Rozhan Karajayeva dan Arzuv Klycheva 6-1, 6-1.
"Ia perlawanan yang sengit dan saya berasa gemuruh. Tekanan sangat dirasai untuk beraksi dalam kejohanan ini tetapi saya dapat menanganinya," ujar Sara.
"Saya rasa telah beraksi dengan agresif hari ini dan itu perkara utama," tambah Sharifah Elysia.
Sementara itu, ketua jurulatih negara, S. Selvarajoo, gembira dengan prestasi cemerlang yang ditonjolkan anak buahnya dan mahu mereka fokus dengan perlawanan berdepan pasukan pilihan, Uzbekistan, esok.
"Pemain junior beraksi dengan baik. Mereka menghadapi saingan dengan bagus. Segalanya bagus tetapi seperti saya katakan, mereka perlu melakukannya dengan lebih baik," katanya.