BOLA TAMPAR
Piala IVL: Percaturan taktikal bawa kejayaan manis MBSA
Kemenangan 3-0 ke atas PKNS Eagle dalam penentuan juara PKNS Invitational Volleyball League (IVL) 2023 malam tadi sedikit sebanyak membalas dendam menyaksikan MBSA terhadap kekalahan mereka di peringkat kumpulan sebelum digelar juara.
Bintang MBSA, Muhammad Fahmi Madzlan, yang menerima Anugerah Spiker Terbaik dan Pemain Paling Bernilai (MVP) mengakui cukup berbangga dan teruja dengan pencapaian yang digondolnya itu.
Fahmi menggalas tanggungjawab besar dalam memastikan taktikal mereka berjalan lancar sepanjang perlawanan.
"Saya ceria dan gembira walaupun kami tidak begitu kuat daripada serangan.
"Tapi kami beralih menggunakan taktikal 'setter' walaupun pada awalnya menggunakan dua penyerang untuk berdepan lawan yang lebih tinggi," katanya selepas perlawanan.
Anugerah Libero Terbaik dan Servis Terbaik jatuh kepada bekas pemain kebangsaan yang mewakili pasukan Eagle, Lee Yeh Seng dan Shon Ngiap Shyan.
Yeh Seng sudah terlintas untuk bersara sepenuhnya daripada sukan kegemarannya itu dan berasakan anugerah yang diterimanya itu sedikit sebanyak mengembalikan semula motivasi untuk kekal bermain.
"Saya berasa sangat bangga walaupun pada awalnya hampir berputus asa.
"Saya harap boleh terus beraksi lagi walaupun bukan secara sepenuh masa," katanya.
Kedua-dua mereka juga meletakkan hasrat untuk kembali bersama pasukan Eagle, sekali gus merampas semula kejuaraan dalam edisi seterusnya.
"Melangkah ke perlawanan akhir ini sudah dianggap bonus. Insya-Allah kalau ada peluang saya akan mewakili PKNS Eagle lagi," kata Ngiap Shyan.