Skip to main content

Sukan Lain

Piala Dunia WDSF: Lagu NegaraKu berkumandang di Belgrade, Cherry Yeo muncul juara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cherry.jpg
Lagu Negaraku berkumandang di bumi Belgrade, Serbia, apabila atlet tari negara, Cherry Yeo Xiao, membawa pulang pingat emas dalam acara berprestij iaitu Piala Dunia WDSF Solo Latin.

Kejayaan luar biasa itu menyaksikan anak didik Chua Zjen Fong dan Evon Chong itu melakukan persembahan solo ketika kemuncak pertandingan dengan mempamerkan bakat dan kesenian yang luar biasa dalam tarian, sekali gus menjadikannya tempat teratas dalam kategorinya.

Selepas menggondol tiga pingat emas di Sepanyol pada tahun lalu, tahun ini dia memenangi satu Emas di Jerman dan satu Emas di London.

Sebagai rekod, Cherry merupakan satu-satunya atlet Malaysia yang mewakili negara dalam Piala Dunia kali ini sambil disertai oleg 14 negara lain.

Advertisement

Must Watch Video