TERJUN
Piala Dunia Terjun 2025: Pandelela terlepas aksi final, huni tangga ke-13
Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong, terlepas slot final 10 meter (m) platform individu wanita selepas menamatkan saingan di tempat ke-13 pusingan kelayakan Piala Dunia Terjun 2025 di Guadalajara, Mexico semalam.
Pandelela yang membuat penampilan pertamanya selepas kali terakhir beraksi di pentas kompetitif Terbuka Malaysia pada November tahun lalu, mengumpul 267.85 mata untuk menduduki tempat ke-13, ketinggalan 7.30 mata di belakang penerjun Sepanyol, Valeria Antolino, di tempat ke-12 dengan 275.15 mata.
Hanya 12 penerjun layak ke peringkat akhir.
Iklan
Penerjun China, Quan Hongchan dan Chen Yuxi mendominasi dua kedudukan teratas dengan masing-masing mengumpul 390.40 dan 373.65 mata.
Sementara itu, penerjun lelaki negara, Enrique Harold, akan turun beraksi dalam pusingan kelayakan 10m platform lelaki individu esok.
Piala Dunia Terjun 2025 seterusnya akan berlangsung di Windsor, Kanada pada 10 hingga 13 April dan diikuti Beijing, China pada 2 hingga 4 Mei.-Awani
Must-Watch Video