TERJUN
Piala Dunia Terjun 2025: Farah Begum anggap Enrique Harold sinar baru sukan terjun negara
Bekas penerjun negara, Farah Begum Abdullah, menyifatkan penampilan cemerlang penerjun muda, Enrique Harold, di pentas Piala Dunia Terjun di Mexico baru-baru ini sebagai satu petanda positif buat masa depan sukan terjun tanah air.
Menurut Farah, meskipun Harold yang berusia 22 tahun itu hanya berjaya melangkah ke peringkat kelayakan, pencapaiannya masih boleh dibanggakan kerana setanding dengan penerjun elit negara, Datuk Pandelela Rinong, yang turut tidak berjaya ke peringkat akhir.
“Sudah semestinya pada usia 22 tahun ramai yang pastinya mahu mencuba untuk capai sesuatu di pentas tertinggi, tapi saya rasa dia kena lebih konsisten kerana mata dia dengan 12 perenang terbaik lain tidak jauh. ” katanya.
Iklan
Namun begitu, impian Harold untuk meneruskan aksi di Piala Dunia Terjun di Kanada terpaksa dilupakan apabila permohonan visanya tidak berjaya, selain tempoh masa yang singkat menyukarkan usaha membuat permohonan baharu.
“Dia akan terlepas kejohanan seterusnya di Kanada, jadi saya fikir dia masih ada masa untuk balik sini ada Pemilihan Kebangsaan (National Trial) pada bulan depan, jadi saya fikir dia boleh tingkatkan kualiti renangannya. ” ujar Farah lagi.
Dengan semangat juang dan prestasi yang ditunjukkan, Enrique Harold kini dilihat sebagai antara pelapis berpotensi tinggi yang mampu menggalas cabaran negara dalam acara terjun pada masa akan datang.
Must-Watch Video