Perjuangan penerjun muda negara, Enrique Maccartney Harold, dalam saingan Piala Dunia Terjun 2025 di Guadalajara, Mexico sekadar terhenti di peringkat kelayakan selepas berkesudahan di kedudukan ke-13 dipisahkan dengan satu slot untuk berada dalam kelompok 12 terbaik acara 10 meter platform lelaki.
Perbezaan 7.30 mata jelas menjadi jurang yang meranapkan impian atlet kelahiran Sarawak itu untuk mencantas kedudukan penerjun Itali, Riccardo Giovannini yang menghuni slot terakhir untuk mara ke peringkat final dengan kutipan 379.35 mata.
Saingan peringkat kelayakan ke pentas final itu hanya memerlukan 12 penerjun terbaik sambil menyaksikan dominasi daripada penerjun tuan rumah, Randal Willars Valdez, yang mencatat 518.45 mata, diikuti dua wakil China, Cheng Zilong (474.15) dan Zhu Zifeng (462.25) di tempat kedua dan ketiga.
Terdahulu, skrip sama turut berlaku pada ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong yang terlepas slot ke pentas akhir selepas menamatkan aksi peringkat kelayakan di kedudukan ke-13.
Siri Piala Dunia Terjun 2025 seterusnya akan mengambil tempat di Windsor, Kanada bermula 10 hingga 13 April depan.