Piala Dunia Tenpin Boling: Rafiq Ismail raih perak

Ammar Hakim
Januari 10, 2025 20:48 MYT
Atlet tenpin boling negara, Rafiq Ismail, menamatkan cabaran Kejohanan Tenpin Boling Piala Dunia dengan meraih pingat perak dalam saingan yang berlangsung di Hong Kong, hari ini.
20 strike yang berjaya dilakukan dalam aksi separuh akhir berdepan wakil Amerika Syarikat, Pavky Ranharan, membenarkan dia melangkah aksi final bertemu wakil China, Du Jian Chao.
Memenangi frame pertama dengan kelebihan satu pin (223-222) memberikan momentum terbaik buat Rafiq.
Bagaimanapun, wakil China itu bangkit dalam frame kedua (226-166) sebelum memastikan kemenangan dalam frame ketiga, (235-193).
IMEJ: FB MTBC
#Boling
;