Skip to main content

Sukan Lain

Piala Dunia Taolu 2024: Kem wushu negara cemerlang raih pingat dalam setiap acara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wushu.jpg
Ratu wushu negara, Tan Cheong Min, menggondol satu pingat emas dalam acara nangun dalam Piala Dunia Taolu 2024 di Yokohama, Jepun.

Catatan 9.770 mata yang diraih berjaya menewaskan pencabar dari Hong Kong, He Jianxin, serta Dang Tran Phuong dari Vietnam untuk menduduki tempat pertama.

 

Dalam masa sama, atlet berusia 26 tahun itu turut mencipta sensasi apabila berjaya memenangi pingat perak dalam kategori nanquan, hari ini.

 

Sementara itu, skuad wushu negara menambah kilauan pingat emas menerusi atlet berpengalaman, Wong Weng Son, yang mengungguli acara jianshu lelaki menewaskan lawan dari Jepun dan Nepal.

 
Malaysia turut membawa pulang pingat perak menerusi Calvin Lee Wai Leong yang mencatat keseluruhan 9.760 mata dalam kategori nandao lelaki, manakala Wong Weng Son juga berhasil meraih gangsa dalam kategori changquan lelaki dengan keseluruhan 9.780 mata.

   

Advertisement

Must Watch Video