SUKAN LAIN
Piala Dunia Sepak Takraw: Skuad negara tumpu persiapan ke Daejeon
Pengurus skuad sepak takraw negara, Azhar Sarabini, mengegaskan dia dan pasukan enggan memikirkan masalah luar gelanggang melibatkan pihak pentadbiran ketika ini sebaliknya fokus melakukan persiapan menuju ke Kejohanan Piala Dunia yang dijadualkan berlangsung di Daejeon, Korea Selatan November ini.
Menurut Azhar, pasukan kebangsaan akan mula melapor diri bermula minggu depan sebelum menjalani sesi latihan berpusat di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah bermula 24 Oktober.
Seramai 12 orang pemain terdiri daripada enam orang pemain lelaki dan enam orang pemain wanita bakal menggalas cabaran Malaysia dalam dua acara utama iaitu regu dan quadrant.
Iklan
Antara nama besar yang terdapat dalam skuad kali ini ialah Syahir Rosdi, Azlan Alias, Noraizat Nordin serta Amirul Zazwan Amir.
Skuad negara di bawah kendalian Rashidi Nordin itu dijangka berlepas ke Daejeon 23 November depan.
Must-Watch Video