Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan, memaklumkan persiapan Malaysia selaku tuan rumah Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw ISTAF 2024 Mei depan, sudah cecah 50 peratus.
Segala persediaan daripada segi infrastruktur dan logistik kini sedang dipersiapkan bagi menerima kehadiran 270 delegasi pemain dari 21 buah negara.
Majlis pengenalan piala dan logo kejohanan yang bakal memasuki edisi keempat akan berlangsung pada Jumaat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTC).
Sumali juga mengakui gembira dengan progres persiapan skuad sepak takraw kebangsaan di bawah kendalian ketua jurulatih, Ahmad Jais Baharun.
Beliau turut melihat kehadiran dua perunding Thailand, Poonsak Permsap dan Seksan Tubtong bawa perubahan buat Malaysia terutamanya daripada sudut latihan intensif.

Infrastruktur & logistik dipersiapkan terima kehadiran 270 delegasi..#NadiArena #AstroArena pic.twitter.com/DtNn1UM2Mf
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) March 4, 2024