Skuad hoki remaja wanita negara membawa semangat baharu ke Santiago, Chile apabila bersiap sedia menghadapi cabaran getir Kejohanan FIH Piala Dunia Remaja Wanita (JWC) 2025 dari 1 hingga 13 Disember ini.
Diundi dalam Kumpulan A, Young Tigress bakal membuka kempen sulung dengan pertembungan mencabar menentang Jepun pada 2 Disember ini.
Dua hari kemudian, skuad negara dijadualkan bertemu tuan rumah, Chile sebelum menutup saingan peringkat kumpulan menentang juara bertahan, Belanda, pada 6 Disember ini.
Mengulas mengenai persiapan pasukan, Pengurus Pasukan Remaja Wanita Kebangsaan, Datuk Hj. Mohd Sayuti Abdul Samat, menzahirkan keyakinan terhadap kemampuan pemain yang kini semakin matang hasil persiapan rapi serta pengalaman menentang kelab Jiangsu dari China baru-baru ini.
Beliau turut menegaskan bahawa aspek motivasi menjadi keutamaan dalam memastikan moral pemain berada di tahap terbaik sepanjang kempen itu.
"Saya berharap pemai dapat bermain dengan baik setelah sekian lama berlatih. Baru-baru ini mereka telah didedahkan dengan pengalaman bermain bersama kelab Jiangsu China. Jadi, ia adalah bekalan yang sedikit sebanyak boleh membantu mereka di Santiago nanti. Saya juga berharap pasukan dapat ke pusingan kedua dan seterusnya. Melihat kepada semangat yang dipamerkan, saya percaya mereka boleh berbuat demikian.
"Seperti biasa semasa mesyuarat pasukan, saya tidak henti-henti memberi kata-kata dorongan bagi meningkatkan semangat mereka. Saya juga telah beritahu mereka agar membuktikan sesuatu dan mencipta sejarah di JWC ini kerana selama ini tiada siapa yang memberi harapan kepada pasukan ini," katanya.
Pencapaian skuad remaja negara untuk ke kejohanan berprestij itu hadir dengan penuh makna apabila mereka layak secara merit buat kali pertama dalam sejarah selepas menamatkan cabaran Piala Remaja Wanita Asia 2024 di tempat kelima. Kejayaan itu menjadi bukti perkembangan positif generasi pelapis hoki wanita tanah air.
Pasukan yang dibarisi 20 pemain itu turut mempertaruhkan pemain berusia 15 tahun, Nur Zariefah Dania Mazlan, selaku pemain paling muda, manakala sembilan pemain daripada jumlah itu berumur 21 tahun.
Grab Sekarang

Lebih Dari Sekadar Jam
Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.
Grab Sekarang