Piala Dunia Ragbi: Perancis bukti keampuhan atasi New Zealand dalam aksi pembukaan

Muzaffar Musa
September 9, 2023 11:21 MYT
Perancis memberikan penyokong mereka satu keputusan terbaik apabila membuka kempen Piala Dunia Ragbi dengan kemenangan 21-13 ke atas New Zealand di Paris awal pagi tadi.
Ia merupakan kekalahan peringkat kumpulan kali pertama buat All Blacks dalam sejarah Piala Dunia dan mereka hanya boleh menyalahkan diri sendiri.
Biarpun perlawanan di Stade de France itu pada awalnya tidak kelihatan sebagai aksi tumpuan, keputusan yang memihak Les Bleus itu terhasil menerusi kecemerlangan pemain sayap, Damian Penaud, dan penggantinya, Melvyn Jaminet, selain 17 mata yang disumbangkan fullback, Thomas Ramos.
Pemain sayap, Mark Telea, menghasilkan dua try buat New Zealand manakala flyhalf, Richie Mo’unga, menjaringkan satu penalti tetapi mereka masih tidak dapat menghalang permulaan goyah dalam merebut tempat ke suku akhir dari Kumpulan A sambil Perancis melaungkan bersedia menjadi pencabar gelaran juara dunia dalam edisi kali ini.
Perancis seterusnya akan menghadapi Uruguay pada Jumaat depan sambil New Zealand pula akan bertemu Namibia sehari kemudian.

Magnifique, @francerugby ??#RWC2023 | #FRAvNZL pic.twitter.com/V86rCFJNVf

— Rugby World Cup (@rugbyworldcup) September 8, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#New Zealand #Ragbi #Perancis #Piala Dunia Ragbi
;