Skip to main content

Sukan Lain

Piala Dunia Ragbi: Owen Farrel pacu England ke separuh akhir atasi Fiji

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

england-rugby.jpg
ENGLAND 30 FIJI 24

Owen Farrel memacu England ke separuh akhir Piala Dunia Ragbi selepas pasukan bimbingan Steve Borthwick itu menafikan kebangkitan Fiji sebelum menang 30-24 di Marseille awal pagi tadi.

England kelihatan akan mudah meneruskan kemaraan selepas mendahului 24-10 menuju ke suku terakhir permainan menerusi try Manu Tuilagi dan Joe Marchant selain sepakan tepat Farrell di Stade Velodrome.

Bagaimanapun, kem England mula Goyah apabila Peni Ravai melakukan try pada minit ke-65 sebelum Vilimoni Botitu menyamakan kedudukan buat Fiji.

Farrel kemudian menghasilkan gol drop untuk mengurangkan tekanan buat England menuju ke penghujung aksi.

Dia seterusnya menyudahkan penalti kelimanya, sekali gus mengesahkan kemaraan England untuk bertemu Afrika Selatan dalam aksi separuh akhir pada 22 Oktober ini.

 

Advertisement

Must Watch Video