Dua pasukan seteru itu akan bertembung di Stade de France hujung minggu ini, di mana Springboks kelihatan menjadi pasukan pilihan untuk memprtahankan gelaran yang dimenangi mereka dengan menewaskan Englannd di Yokohama empat tahun lalu.
Bagaimanapun, pasukan bimbingn Steve Borthwick, England, merupakan satu-satunya pasukan yang tidak pernah kalah dalam kejohanan kali ini dan Itoje yakin mereka masih belum mempamerkan permainan terbaik ejak tiba di Perancis itu tujuh minggu lalu.
"Afrika Selatan pasukan yang hebat. Mereka merupakan juara dunia dan memiliki kempen yang baik kali ini.
"Kami sudah berjumpa mereka sebanyak dua kali sejak 2019, mereka menang sekali dan kami menang sekali.
"Kita bukannya bercakap mengenai sebuah pasukan yang tidak akan kalah, kita bukannya bercakap mengenai sebuah pasukan yang tidak akan buat silap. Mereka pasukan yang baik tetapi kami juga bagus.
"Saya percaya masih ada banyak perkembangan buat kami dalam pasukan ini dan saya rasa kami masih belum mengeluarkan semuanya.
"Bagi kami, ia tentang mempamerkan permainan kami. Kami tidak boleh menunggu dan membiarkan mereka bermain cara mereka, kami mahu bermain dengan cara England.
"Saya percaya jika kami dapat memberikan yang terbaik di atas padang, kamilah yang akan meraikan kejayaan hujung minggu ini dan ia akan menjadi malam yang positif," katanya.
Getting ready for the challenge ?#ENGvRSA | #RWC2023 pic.twitter.com/U0eyPoxP73
— England Rugby (@EnglandRugby) October 19, 2023