Piala Dunia Ragbi: Kad merah Sam Cane buat All Blacks kempunan

Shaiful Shamsudin
Oktober 29, 2023 08:45 MYT
NEW ZEALAND 11 AFRIKA SELATAN 12
Ketua pasukan New Zealand, Sam Cane, mengakui "sangat terluka" selepas dia dibuang padang dalam kekalahan 11-12 penentuan trofi Kejohanan Piala Dunia Ragbi kepada Afrika Selatan, awal pagi tadi.
Kad kuning Cane atas terjahan berbahayanya terhadap Jesse Kriel pada minit ke-28 dalam pertembungan dramatik di Stade de France itu kemudian bertukar kepada kad merah oleh sistem semakan bunker.
Ia adalah kali pertama seorang pemain dibuang padang dalam perlawanan akhir Piala Dunia lelaki dan walaupun All Blacks menunjukkan semangat untuk mengatasi kepincangan berkenaan dan menghasilkan jaringan melalui Beauden Barrett, ia belum cukup untuk terus menembusi pertahanan Afrika Selatan.
“Rasanya sangat sakit ketika ini. Sebenarnya adalah sukar untuk menyusun kata-kata bagi menjelaskannya,” kata Cane.

KINGS OF RUGBY ??#RWC2023 | #RWCFinal pic.twitter.com/Xjgfn4G90Z

— Rugby World Cup (@rugbyworldcup) October 28, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Ia sukar kerana saya sangat terluka tetapi pada masa yang sama saya sangat berbangga dengan rakan sepasukan yang berjuang hebat.
“Kami benar-benar mencipta peluang yang baik untuk memenangi perlawanan ini. Saya fikir ia menjelaskan tentang pasukan ini secara menyeluruh.”
#Ragbi #All Blacks #Piala Dunia Ragbi #Sam Cane
;