Piala Dunia Ragbi: George Ford pastikan England buka kempen dengan kemenangan

Muzaffar Musa
September 10, 2023 11:02 MYT
George Ford menjadi pencetus kepada kemenangan England mengatasi Argentina 27-10 dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia Ragbi meskipun Tom Curry diarahkan keluar padang seawal minit ketiga.
Ford mengepalai England menghadapi krisis yang dicetuskan Curry gara-gara kekasaran berbahaya yang dilakukannya ke atas Juan Cruz Mallia, di mana kad kuning yang dilayangkan kepada flanker itu kemudian ditukar kepada kad merah selepas semakan 'bunker review system'.
Mengambil tanggungjawab yang ada, Ford menjaringkan tiga gol sepakan dan enam penalti, sekali gus memaksa Argentina menelan kekalahan di Stade Velodrome.
Malang buat Curry apabila namanya terpahat dalam sejarah sebagai pemain England pertama dilayangkan kad merah di peringkat Piala Dunia selain ia juga kad merah paling cepat pernah dilayangkan dalam sejarah kejohanan itu.

That was special, @George_Fordy #ENGvARG | #RWC2023 pic.twitter.com/nO78bJvKto

— England Rugby (@EnglandRugby) September 9, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#England #Argentina #Ragbi #Piala Dunia Ragbi #Gearge Ford
;