Kemenangan itu turut menghidupkan peluang Jepun untuk ke pusingan kalah mati.
The Brave Blossoms akan berdepan Argentina dalam aksi terakhir Kumpulan D dan hanya satu daripada dua pasukan berkenaan akan mengiringi England bimbingan Steve Bothwick, yang kini sah bergelar juara kumpulan berkenaan menjelang pertemuan dengan Samoa.
Japan, yang kali pertama layak ke suku akhir dalam edisi empat tahun lalu, membuka jaringan seawal minit ke-13 menerusi try Pieter Labuschagne dan conversion Rikiya Matsuda.
Full time ?#GoWithTheBrave | #JPNvSAM pic.twitter.com/4hW0t39Jzo
— Japan Rugby (@JRFURugby) September 28, 2023
Penalti daripada D’Angelo Leuila kemudian membantu Samoa mengikat kedudukan tetapi sepakan Matsuda kembali meletakkan Jepun di depan.
Michael Leitch kemudian menambah satu lagi try di penjuru sebelum pemain Samoa, Jonathan Taumeteine, dilayangkan kad kuning.
Samoa, yang akan berdepan England di Lille pada 7 Oktober depan, merapatkan jurang menerusi Ben Lam untuk menuju ke waktu rehat dengan ketinggalan 8-17.
Samoa kemudian sekali lagi menerima kad kuning apabila Ben Lam didapati melakukan 'tackle' tinggi ke arah kepala Labuschagne.
Jepun kemudian melebarkan kelebihan mereka apabila Kasuki Himeno melakukan try di penjuru tetapi Matsuda gagal dalam conversion kali ini.
Keadaan semakin getir buat Samoa apabila Lam dilayangkan kad merah sebelum Matsuda kembali mendapatkan sentuhannya untuk melebarkan kelebihan Jepun kepada 25-8.
Duncan Paia’aua berhasil merapatkan jurang buat Samoa menerusi trynya yang disusuli dengan conversion Leuila tetapi Matsuda kembali melebarkan jurang itu menerusi penalti jarak jauh.
Dengan 14 pemain, Samoa terus berjuang dengan try dan conversion yang dilakukan Christian Leali’ifano, namun Japan mengekalkan kelebihan mereka sehingga ke wisel penamat, sekali gus menjadi pencetus semangat menjelang pertemuan penting dengan Argentina di Nantes pada 8 Oktober ini.