Piala Dunia Kriket Wanita B-19: Iqbal Ali Kassim yakin DNA Australia pacu kejayaan sukan kriket negara
Saufi Tahir
Januari 14, 2025 19:30 MYT
Januari 14, 2025 19:30 MYT
Presiden Persatuan Kriket Malaysia (MCA), Mohammed Iqbal Ali Kassim, percaya dengan 'Australian game play' yang bakal dijelmakan jurulatih kriket B-19 tahun wanita kebangsaan, Job Van Bunge, mampu membawa sukan kriket negara ke tahap lebih tinggi.
Dia menjelaskan kualiti dan mentaliti sang juara yang dimiliki jurulatih tersebut akan diserapkan kepada pemain negara meskipun sedar diundi dalam Kumpulan A bersama India, Sri Lanka dan West Indies.
"Barisan jurulatih, ketua jurulatih sudah berada dalam kancah kriket Australia untuk 15 tahun dengan sistem mereka. Mereka ada sejarah dan rekod menjuarai kemenangan juga." katanya.
Dalam pada itu, dia turut memuji lapan pemain yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bijak dalam membahagikan masa antara pelajaran dan tugasan bersama negara menjelang Kejohanan Piala Dunia Kriket T20 Wanita B-19 nanti.
"Ada pemainj yang perlu jalani peperiksaan dan kemudian perlawanan, serta terlibat dalam perlawanan dahulu kemudian mengambil ujian di venue." tambahnya.