SUKAN LAIN
Piala Dunia: Jun Hoong gagal kekal konsisten, Pandelela mara ke final
Ratu terjun negara, Cheong Jun Hoong, pula tampil serba tidak menjadi dalam separuh akhir 10 meter platform wanita Kejohanan Terjun Siri Piala Dunia selepas dia cemerlang dalam aksi kelayakan.
Sebaliknya rakan senegara, Pandelela Rinong tampil konsisten menamatkan terjunan di ranking ketiga sekaligus layak ke final.
Kegagalan Jun Hoong ke final menimbulkan persoalan. Apakah misinya hanyalah untuk layak ke Olimpik ataupun dia sebenarnya mengalami kecederaan.
Iklan
Daripada lima terjunan yang dilakukan tiada satu pun yang mampu mengangkatnya dalam kelompok 12 terbaik.
Jun Hoong memulakan terjunan dengan hanya meraih 51 mata dan meletakkan dia di ranking ke-15.
Bagaimanapun bermula terjunan kedua prestasinya semakin menurun dan jatuh ke ranking terakhir.
Ia berlarutan sehingga ke terjunan terakhir sekaligus Jun Hoong gagal mara ke final.
Sebaliknya, Pandelela yang menamatkan sesi kelayakan semalam di ranking keempat kekal konsisten.
Penerjun dari Sarawak itu cemerlang selepas dua terjunan apabila menduduki ranking pertama.
Bagaimanapun, terjunannya di pusingan ketiga agak kurang baik menyaksikan Pandelela jatuh ke ranking keempat.
Terjunan terakhir memberi kelebihan kepadanya untuk naik ke ranking ketiga sekaligus mara ke final.
Must-Watch Video