Piala Dunia ISTAF: Talib cari 'bonus' bersama Brunei

Shaiful Shamsudin
Mei 20, 2024 20:32 MYT
Bekas ketua jurulatih negara, Abdul Talib Ahmad, yang kini membimbing skuad regu Brunei mampu menarik nafas lega berikutan kejayaan menempah slot ke suku akhir Piala Dunia ISTAF di Stadium Titiwangsa, hari ini.
Mereka membenam China dengan keputusan straight set 15-11 dan 15-9 bagi melepasi sasaran yang ditetapkan.
Justeru, Abdul Talib tidak mahu terburu-buru untuk melayakkan diri ke separuh akhir, malah berasakan itu satu bonus.
"Servis dan rejaman kami pada hari ini agak baik.
"Kami sudah mencapai sasaran penting kami ke suku akhir.
"Sekarang kami cari bonus untuk ke separuh akhir, tiada ada yang mustahil.
"Bertemu China, peluang 50-50 tapi elemen ketenangan membantu kemenangan kami.
"Permainan 15 mata yang diperkenalkan ini menyebabkan masa permainan menjadi lebih cepat dan memerlukan kekuatan yang sangat tinggi," katanya.
#Sepak Takraw #Piala Dunia ISTAF
;