Piala Dunia ISTAF: Syahir Rosdi hadiahkan kemenangan buat Faisal Halim
Saufi Tahir
Mei 23, 2024 10:09 MYT
Mei 23, 2024 10:09 MYT
Pemain regu Malaysia, Mohammad Syahir Mohd Rosdi, menghadiahkan detik manis kemenangan skuad Malaysia dalam Piala Dunia ISTAF buat Faisal Halim.
Anak buah jurulatih Ahmad Jais Baharun cemerlang malakar kemenangan dramatik mengatasi musuh tradisi, Thailand, dalam acara doubles dan regu dalam perlawanan yang berlangsung semalam untuk bergelar sebagai juara dunia..
Untuk rekod, pembedahan terbaru Faisal Halim yang mengambil masa selama enam jam berjalan dengan lancar dan dia kini memerlukan tiga hingga enam bulan bagi proses pemulihan akibat disimbah asid tempoh hari sebelum kembali beraksi di atas padang.
JUARA BERGANDA: Malaysia lakar sejarah muncul juara dalam acara double dan regu pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024. Syabas dan tahniah kepada pasukan negara. @KBSMalaysia memperuntukkan Geran Padanan Sukan sebanyak RM1,000,000 bagi penganjuran kejohanan ini. #YakinBoleh pic.twitter.com/k6U2vRhzLt
— Hannah Yeoh (@hannahyeoh) May 22, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kemenangan Piala Dunia ini kami hadiahkan buat Faisal Halim yang sedang berjuang untuk kerjaya dan kariernya.
"Kami pasukan Malaysia mendoakan agar dia cepat sembuh. We Stand For Faisal Halim." katanya.