SEPAK TAKRAW
Piala Dunia ISTAF: Skuad wanita negara sasar tembus kelompok empat terbaik di Bihar



Ketua Jurulatih sepak takraw wanita negara, Rashidi Nordin, mempunyai misi besar dalam kempen Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2025 selain misi merebut slot dalam kategori A di Sukan SEA Thailand hujung tahun ini.
Malah, untuk mencapai sasaran itu, anak buah Rashidi perlu sekurang-kurangnya berada di ranking keempat terbaik dalam setiap kategori dipertandingkan nanti.
Dia turut menambah bahawa kejayaan di Bihar nanti merupakan penanda aras buat skuad wanita negara sebelum ke Sukan SEA pada Disember nanti.
"Apa yang kami terapkan kepada pasukan Wanita di Bihar ini adalah penanda aras, sekurang-kurangnya berada dalam kelompok empat pasukan terbaik.
"Ini adalah tanggungjawab kami pikul yang besar kerana kejayaan di Bihar ini adalah penentu untuk ke Sukan SEA nanti dan berada dalam kategori A." katanya.