Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir


Mei 21, 2024 13:26 MYT
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi.
Malaysia menurunkan gandingan yang sama yang mengatasi Brunei, Aidil Aiman Azwawi, Muhammad Noraizat Mohd Nordin dan Baihakki A’ripin bagi perlawanan yang berlangsung hari ini.
Sementara Korea yang menewaskan Singapura dalam aksi pusingan terdahulu cuba memberikan tentangan dalam set pertama, bagaimanapun tunduk 11-15 kepada Malaysia.
Mempamerkan kebangkitan dalam set berikutnya, Korea berjaya menang 17-15 untuk mengheret permainan ke set penentuan.
Kembali memperkemaskan permainan, Malaysia tidak memberikan ruang buat Korea sebelum memastikan kemenangan 15-8 untuk layak ke separuh akhir.
#Sepak Takraw #Piala Dunia Sepak Takraw #Piala Dunia ISTAF