Skuad sepak takraw doubles negara meneruskan rentak kecemerlangan dalam kempen Piala Dunia ISTAF apabila mudah mengatasi Brueni 2-0 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi.
Membariskan Aidil Aiman Zawawi dan Noraizat Nordin, yang dibantu Baihakki A'ripin di bangku simpanan, gandingan negara mempamerkan aksi bertenaga untuk memenangi set pertama 15-9.
Aksi hampir sempurna kemudian dipamerkan mereka dalam set kedua, termasuk ketika memasukkan Baihakki pada penghujung saingan, mengesahkan kemenangan 15-11.
Najmi Iman
Mon May 20 2024