Piala Dunia ISTAF: Kenapa Vans pilihan Farhan Adam
Azreena Faizal
Mei 26, 2024 17:21 MYT
Mei 26, 2024 17:21 MYT
Kapten skuad sepak takraw negara, Farhan Adam, menarik perhatian ramai dengan gaya uniknya di Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
Feeder utama negara itu tampil berbeza daripada pemain lain dengan memakai kasut jenama Vans sepanjang kejohanan, sehingga berjaya membawa pasukan ke pentas final.
Farhan mengakui pada awalnya dia diminta oleh seorang bekas pemain untuk mencuba beraksi dengan kasut Vans. Pengalaman pertamanya tidak begitu selesa, namun selepas beberapa bulan, dia mula terbiasa.
"Pada mulanya memang agak tak selesa, tapi lama-kelamaan saya jadi terbiasa.
"Saya ambil masa lebih kurang enam hingga tujuh bulan untuk membiasakan diri dengan penggunaan kasut Vans ini," jelas Farhan.
Farhan menegaskan bahawa kakinya telah banyak berjasa kepadanya dalam kerjayanya dan perlu diberi perhatian dan ganjaran yang sewajarnya.
Piala Dunia ISTAF Sepak Takraw 2024Final Acara Berpasukan | Keputusan Semasa ?? Malaysia 1-0 Thailand ??9-15, 15-11, 15-13@ASTROARENA pic.twitter.com/Cl56DEulVo
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) May 26, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kaki saya sudah banyak memberi rezeki dan membantu saya. Takkan saya nak bagi kaki saya pakai yang biasa-biasa sahaja," tambahnya lagi.
Setelah dua tahun memakai kasut Vans dalam perlawanan, Farhan menganggapnya sebagai 'trademark' peribadinya. Ketika ditanya mengenai kemungkinan menjadi duta Vans, dia dengan rendah hati menyambut baik idea tersebut.
"Saya pun tidak minta benda itu (menjadi duta Vans), tetapi kalau dipanggil, saya sangat bersyukur," katanya dengan senyuman.
Perlawanan Malaysia menentang musuh tradisi, Thailand, sedang berlangsung di Stadium Titiwangsa. Harapan besar diletakkan kepada skuad negara untuk mengakhiri kemarau 33 tahun tanpa kemenangan.
Ayuh Malaysia!