Skip to main content

Hoki

Piala Dunia Hoki Remaja: Piala Asia B-18 platform terbaik serap pemain berpotensi ke skuad utama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

khm.jpg
Persedian menghadapi Piala Dunia Hoki Remaja 2025, Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) berhasrat menggunakan kejohanan Piala Asia B-18 di China sebagai platform menambah kelompok pemain muda yang berpotensi diserap masuk ke dalam pasukan nanti.

Perkara itu juga seiring dengan pelan jangka masa panjang KHM dalam tempoh dua tahun untuk membantu skuad remaja negara meraih persiapan yang lengkap.

"Kejohanan ini kita selalu melayakkan diri tetapi ada seketika kita memang telah mencapai ranking keempat di dunia. 

"Kita lihat salah satu cara untuk bantu pasukan untuk bukan sekadar menyertai tetapi buktikan kita boleh berada dalam kelompok kelima dunia.

"Untuk lakukan perkara itu kita perlu berikan pendedahan, malah membantu mereka melakukan yang terbaik di Piala Dunia Remaja nanti," katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih hoki remaja negara, Nor Saiful Zaini Nasiruddin, yakin skuad  B-18 yang dipilih bagi menggalas tanggungjawab pada 3 Julai nanti mampu sekurang-kurangnya mara ke separuh akhir kejohanan.

Kredibiliti pemain dan barisan kejurulatihan diakui mempunyai reputasi cemerlang berdasarkan kekuatan pasukan yang turut tersenarai di dalam Kumpulan B bersama Indonesia, Kazakhstan, Jepun, Taiwan dan Uzbekistan.

"Pemain yang dihantar untuk raih pengalaman kemudian mereka pulang maka inilah pasukan untuk dua tahun lagi. Bukan sekadar 20 pemain tetapi ada lagi pemain luar yang ada potensi.

"Kita akan bekerjasama bersama jurulatih di luar juga. Kita ingin bantu pemain bersaing." tambahnya.
 

Advertisement

Must Watch Video