Impian menggunung skuad hoki remaja negara jadi angan-angan apabila misi untuk sekurang-kurangnya berada di kelompok empat terbaik saingan Piala Dunia Hoki Remaja tidak kesampaian.
Ini selepas skuad kendalian Wallace Tan akur dengan kehebatan Perancis apabila tewas 4-0 di peringkat suku akhir semalam sekaligus gagal mengulangi pencapaian edisi 1979, 1982 dan 2013.
Skuad negara menyedari reputasi gah Perancis yang menundukkan pasukan tuan rumah, India 5-4 untuk menjuarai Kumpulan B.
Bagaimanapun, skuad projek khas Perancis yang dalam persiapan Sukan Olimpik Paris 2024 terus mempamer bisa meledak gol pembukaan di penghujung suku pertama menerusi kapten pasukan, Timothée Clément.
Peluang terbaik negara hadir di suku kedua apabila percubaan Arif Ishak namun sedikit tersasar.
Sebelum pakar pukulan sudut penalti Perancis, Clément menggandakan kedudukan kali ini menerjah sebelah kiri gawang skuad negara..
Kelalaian skuad negara dalam memberi pukulan sudut penalti kepada Perancis terus membawa padah kali ini giliran Mathis Clément mencetak nama selaku penjaring.
Sebelum Timothée menoktahkan perjuangan skuad negara menerusi gol keempat Perancis yang juga merupakan gol ke-11 peribadinya pada kempen kali ini.