Skip to main content

Hoki

Piala Dunia Hoki Remaja: Olimpian gesa skuad negara tamatkan kempen selaku 10 pasukan terbaik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mike.jpg
Skuad hoki remaja kebangsaan perlu sekurang-kurangnya meraih satu kemenangan dan satu keputusan seri dalam cabaran peringkat kumpulan.

Itu pandangan Olimpian, Maninderjit Singh, susulan melihat undian Piala Dunia Hoki Remaja 2025 yang bakal berlangsung di Tamil Nadi, India Disember depan.

Pasukan bimbingan Nor Saiful Zaini Nasiruddin itu diundi dalam Kumpulan E yang disifatkan sebagai kumpulan maut bersama tiga skuad hebat, Belanda, Engladn dan Australia.

Namun, melihat kepada kredibiliti pemain muda dan kemampuan barisan kejurulatihan -- skuad muda negara ini mampu mencipta kejutan!

Tambahnya,  skuad remaja perlu menggunakan persiapan dalam saingan Gold Cup pada 7 Julai ini di Chennai sebagai medah terbaik dalam menghasilkan pasukan menjelang ujian getir hujung tahun ini!

"Pendapat saya, skuad Malaysia harus beraksi dalam tabung kedua iaitu sembilan hingga 16 dan mesti berakhir dengan kelompok 10 terbaik.




"Mereka sudah bermula sejak tahun lalu. Persiapan mereka sangat memberi keyakinan. 

"Selepas Liga Hoki Remaja 2024 dan beraksi dalam Piala Asia yang merupakan kelayakan Piala Dunia di Oman, mereka telah mara ke separuh akhir dan merupakan empat pasukan terbaik ketika itu.

"Ranking juga berada di tempat ke-11. Pendedahan peringkat antarabangsa juga banyak. 

"Mereka akan pergi ke India dan Eropah untuk siri jelajah persahabatan dan mempunyai satu kejohanan di Johor pada Oktober ini. 

"Itu akan memberikan indikasi yang terbaik buat kem negara," katanya di Nadi Weekend.

Untuk rekod, pencapaian terbaik Malaysia di Piala Dunia Remaja adalah ketika menamatkan kemepn tempat keempat dalam tiga edisi kali dengan terakhir adalah pada 2013.

Advertisement

Must Watch Video