Skuad hoki remaja negara diundi dalam kumpulan E, Piala Dunia Rremaja bersama tiga pasukan Eropah iaitu Belanda, England dan Austria menerusi undian yang berlangsung hari ini.
Malaysia layak beraksi bagi edisi 2025 kejohanan itu menerusi kuota enam pasukan terbaik di Kejohanan Piala Remaja Asia 2024 apabila menamatkan kempen di tempat keempat selepas tewas 1-2 di tangan Jepun.
Untuk rekod, kali terakhir Piala Dunia Remaja dipertandingkan adalah ketika edisi 2023 yang menyaksikan Malaysia sebagai tuan rumah menempatkan diri sebagai pasukan ke-12 daripada 16 secara keseluruhan pasukan yang bertanding.
Kejohanan itu akan berlangsung di Tamil Nadu, India dan turut mencipta sejarah apabila terdapat penambahan lapan negara bertanding daripada 16 ke 24 dan akan berlangsung pada 8 sehingga 10 Disember nanti.
Pencapaian terbaik Malaysia di Piala Dunia Remaja adalah ketika menamatkan kemepn tempat keempat dalam tiga edisi kali dengan terakhir adalah pada 2013.