Skip to main content

Sukan Lain

Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Usah risau kemampuan Jerman -- Rodhanizam

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hoki-dalam-dewan.jpg
24 jam sebelum bermulanya Piala Dunia Hoki Dalam Dewan 2025 di Porec, Croatia, Malaysia bakal menghadapi ujian getir berdepan Jerman dalam aksi pertama Pool B.

Ketua jurulatih negara, Rodhanizam Mat Radzi, menjelaskan perlawanan menentang nama besar itu tidak menjadi perkara yang perlu dirisaukan.

Sebaliknya, Rodhanizam ingin anak buahnya menikmati penampilan pertama Malaysia di saingan Piala Dunia ini. 

"Ini merupakan penampilan pertama Malaysia dalam Piala Dunia Hoki Dalam Dewan. Kami telah menganalisa corak permainan pasukan lawan dan setiap individu sudah tidak sabar menghadapi perlawanan pertama nanti bertemu Jerman," katanya menerusi Nadi Weekend.

 

 

Advertisement

Must Watch Video