HOKI
Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Tiada kecederaan, aksi persahabatan jadi medan berguna
Ketua jurulatih skuad hoki dalam dewan negara, Mohd Rodhanizam Mat Radzi, menyifatkan hari-hari terakhir latihan bersama pasukan ketika persiapan berada dalam fasa terbaik menjelang perlawanan Kejohanan Piala Dunia Hoki Dalam Dewan di Croatia.
Berbaki dua hari sahaja lagi, dengan beberapa siri aksi persahabatan, dia yakin kemampuan anak buahnya mampu menampilkan permainan terpuji di pentas dunia.
"Jika diikutkan, fasa latihan kami sudah berakhir. Kami sudah memperbaiki mana yang perlu berbaki dua hari lagi.
Iklan
"Dua aksi persahabatan terakhir sebelum menuju ke pentas sebenar. Ke semua perlawanan sangat berguna buat kami.
"Tiada sebarang kecederaan berlaku, malah kecergasan berada di tahap optimum," katanya di Nadi Weekend.
Must-Watch Video