HOKI

Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Saya akan beri 200%, jaring gol untuk Malaysia -- Kata Faridzul Afiq

Saufi Tahir 19/01/2025 | 11:43 MYT
Prospek utama skuad hoki dalam dewan negara, Faridzul Afiq, melaungkan amaran buat barisan pencabar yang menanti di saingan Piala Dunia untuk merebut peluang membawa kem negara meraih podium. di Croatia nanti.
Keyakinan itu disuarakan sambil mengambil kira kelincahannya yang akan memimpin pasukan di bahagian serangan dan formasi kukuh yang turut dimiliki rakan sepasukan.
"Saya akan berikan 200% dalam perlawanan dan jaringkan banyak gol buat pasukan, itu kelebihan saya," katanya.
Tambahnya, peluang untuk menyarung jersi kebangsaan adalah sebuah penantian yang akhirnya dikecapi dengan dia tekad mengambil detik ini untuk membuktikan kemampuan sebenar.
Begitupun, dia tidak menafikan bahawa pentas ini menjadi satu medan ujian terbesar buat kem negara yang akan berdepan pasukan gergasi dari Eropah terutamanya tuan rumah, Austria.
"Konsisten itu ada dalam pasukan Malaysia, saya harap di sana nanti kami dapat tingkatkan lagi corak permainan dan kekalkan konsistensi hingga ke Piala Dunia nanti." tambahnya.
#Hoki #Piala Dunia Hoki Dalam Dewan #Faridzul Afiq
;