Skip to main content

Hoki

Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Rodhanizam Radzi mahu bawa pasukan kutip pengalaman di Eropah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hoki-padang.jpg
Jurulatih skuad hoki dalam dewan negara, Rodhanizam Radzi, memohon agar pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) memberikan sokongan padu buat pasukannya dalam program sepenuh masa menjelang saingan Piala Dunia di Croatia nanti.

ini berikutan agar pasukan itu dapat memberikan fokus sepenuhnya pada kempen Piala Dunia dari aspek persiapan yang lebih baik dengan adanya bantuan daripada pihak tersebut.

"Keputusan sekarang memang kita sudah layak ke piala dunia dan kami mengharapkan sokongan daripada KBS dan MSN berikan sokongan untuk meletakkan kami dalam program sepenuh masa.

"Agar kami lebih bersedia dan dapat lakukan persiapan yang rapi kerana kami tidak mahu pergi ke saingan Piala Dunia dalam keadaan yang tidak bersedia.

Dia juga mempunyai perancangan untuk membawa pasukanya itu menghadapi perlawanan persahabatan lebih daripada 20 pasukan sebagai persediaan sebelum kempen piala dunia.

Untuk rekod, ini merupakan kali pertama Malaysia layak ke Piala Dunia dengan Syafiq Sumantri merupakan satu-satunya pemain yang beraksi di kejohanan yang akan bermula 3 Febuari 2025.

"Bila kita sudah sah layak, maka negara seperti Libya dan Afrika ada menghubungi kami untuk mengadakan perlawanan persahabatan. 

"Kami merancang untuk bermain bersama pasukan dari Eropah juga."

"Sekiranya kami berada dalam program sepenuh masa kami boleh memeprsiapkan pemain dengan lebih baik dan tidak perlukan lagi pemain daripada hoki padang.

"Mungkin selepas ini kami akan memanggil 20 pemain untuk berlatih sebelum mengadakan pemilihan." katanya kepada Nadi Arena.

 

Advertisement

Must Watch Video