HOKI
Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Najmi Farizal akui jurang prestasi skuad negara, Eropah berbeza
Kapten pasukan hoki dalam dewan negara, Najmi Farizal Jazlan, mengakui jurang perbezaan prestasi kem negara masih terlalu jauh untuk berdiri sama tinggi dengan pasukan gergasi besar dari Eropah.
Corak permainan berintensiti tinggi dan ketajaman serangan dihadapan gawang menjadi faktor pemisah kepada margin kekalahan dengan 31 bolos berbalas 14 gol jaringan dalam kempen di Croatia itu.
"Kami bermain bermati-matian, tetapi tidak cukup bagus ketika berdepan Jerman kerana mereka di tahap yang lebih tinggi.
Iklan
"Bagi saya jika dapat kurangkan jurang bolos itu juga merupakan kejayaan buat kami." katanya.
Kem negara menamatkan saingan Piala Dunia Dalam Dewan di kedudukan ke-11 daripada 12 pasukan, dengan hanya mencatat satu kemenangan tunggal menewaskan Trinidad And Tobago, sementara baki perlawanan berakhir dengan kekalahan.
Meskipun persembahan terhasil tidak begitu memberangsangkan, namun debut di Piala Dunia itu berjaya melonjakkan kedudukan Malaysia di tangga ke-22 dunia sekali gus mempamerkan sisi lain kemampuan pasukan negara.
"Malaysia ada kelebihan dari segi 'shot corner' dan pukulan sudut penalti serta mempunyai penjaga gol yang pantas. Jika terus diasah, mereka akan lebih kehadapan." tambahnya.
Must-Watch Video