HOKI
Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Malaysia tutup kempen di Croatia dengan kemenangan sulung
Skuad hoki dalam dewan negara menutup penampilan pertama di pentas Piala Dunia Hoki Dalam Dewan 2025 dengan kemenangan sulung selepas menewaskan Trinidad & Tobago, 6-4 di Porec, Croatia, sebentar tadi.
Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 3-3, dengan skuad negara ketinggalan pada awalnya sebelum bangkit menerusi dua gol daripada Muhammad Ashran Hamsani sebelum Abdul Khaliq Hamirin menambah jaringan.
Iklan
Skuad negara terus mendominasi babak kedua untuk menamatkan saingan di tempat ke-11 selepas jaringan Abdul Khaliq Hamirin sekali lagi menempah nama selaku penjaring Bersama Faridzul Afiq dan Najmi Farizal Jazlan.
Untuk rekod, skuad negara tewas dalam semua perlawanan berdepan Argentina, Jerman, dan Iran dalam saingan Pool B.
Must-Watch Video