HOKI
Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Malaysia kekalahan ketiga
Skuad hoki dalam dewan negara menamatkan kempen debut Piala Dunia dengan kekalahan ketiga di peringkat kumpulan menerusi kekalahan 0-3 kepada Iran.
Skuad bimbingan rodhanizam Mat Radzi tewas kepada Jerman serta Argentina dan situasi itu membuatkan kem negara berdepan misi pulih maruah di penentuan klasifikasi kesembilan hingga ke-12.
Kekalahan kepada Iran juga menutup hasrat skuad negara untuk melunas misi balas dendam ekoran kekalahan kepada perebutan status terbaik di Kejohanan Asia yang lalu.
Iklan
Iran membuka tirai jaringan pada minit ke-10 menerusi Sayed Mohammad Ghoreishiroud Baraki.
Sebelum Mohsen Bohloui menggandakan kedudukan di minit ke-30.
Pada ketika skuad negara diambang penyingkiran, situasi kelam kabut itu membuka ruang buat Sajjad Mamizadeh memuktamadkan kemenangan selang enam minit kemudian.
Ternyata, ianya satu pengalaman buruk yang menjadi pengajaran berguna buat skuad negara pada penampilan pertama di Piala Dunia.
Must-Watch Video