Skip to main content

Hoki

Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Malaysia buka penampilan pertama dengan kekalahan besar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hoki_1.jpg
Penampilan pertama skuad hoki dalam dewan negara tidak berakhir dengan keputusan positif selepas dibelasah oleh gergasi dunia, Jerman, dalam perlawanan pertama kumpulan B Piala Dunia Hoki Dalam Dewan di Porec, Croatia, sebentar tadi.

Pasukan yang berada di ranking kelima dunia itu terlebih dahulu membuka tirai jaringan 2-0 menerusi pemain berjersi nombor 7, Nicolas Proske, selepas memanfaatkan pukulan sudut penalti yang diperoleh.

Abdul Khaliq Hamirin merapatkan jurang 1-2 buat Malaysia mengurangkan tekanan, namun giliran Paul Doesch pula menyumbat jaring menewaskan Khairul Afendy Kamaruzaman.

Memasuki suku kedua, Muhammad Firdaus Omar tidak mensia-siakan peluang ketika pukulan sudut penaltinya berjaya membuahkan hasil untuk kedudukan 2-3.

Ketua pasukan, Najmi Farizal Jazlan, serta Abdul Khaliq Hamirin menjadi titik kebangkitan skuad negara pada suku ketiga apabila mengikat Jerman 4-4.




Segalanya bagaikan tidak menjadi buat skuad kendalian Mohd Rodhanizam Mat Radzi tatkala Jerman menguasai penuh gelanggang di Pusat Sukan Zatika yang menyaksikan mereka menundukkan skuad negara 4-12.

Advertisement

Must Watch Video