Penyerang hoki 5s negara, Akhimullah Anuar Esook, menganggap pengalaman beraksi dalam skuad hoki padang sebelum ini banyak membantu dalam mempertajamkan pukulan bagi mencipta jaringan dalam Piala Dunia 5s di Oman yang bermula pada 28 Januari ini.
Kelajuan serta pemikiran secara pantas merupakan aspek penting yang diperlukan dalam kem hoki 5s kerana ketepatan adalah kunci kemenangan ketika berdepan kuasa besar.
"Hoki 5s menuntut kepantasan permainan.
"Pemain perlu berikan reaksi cepat, kecergasan dan pemikiran juga kena bagus," katanya.
Bagi pemain muda seperti Arif Syafie pula, ada keinginan untuk memastikan sejarah dilakar buat kemunculan pertama skuad kebangsaan di Muscat kelak.
Bersandarkan persiapan terkini oleh jurulatih, Wallace Tan, Arif yakin Malaysia mampu memperoleh keputusan yang memberangsangkan kali ini.
Ini Piala dunia pertama untuk hoki 5s. Jadi saya nak lakar sejarah meraih kedudukan terbaik," katanya.