HOKI
Piala Dunia Hoki 5s: KBS bayar semula kos penyertaan skuad negara
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan membayar semula kos penyertaan skuad hoki negara di Oman dengan nilai sekitar RM300,000 selepas Malaysia muncul naib juara Piala Dunia Hoki 5 sepasukan (5s).
Lebih menarik, KBS juga setuju menghadiahkan RM80,000 selepas skuad kendalian Wallace Tan tewas, 2-5 kepada Belanda di final.
Malaysia memberikan tentangan sengit sebelum tewas kepada Belanda yang menyaksikan kapten negara, Mohd Akhimullah Anuar Esook turut dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan.
Iklan
Sementara itu, jurulatih hoki 5s negara, Wallace Tan menjelaskan dia sanggup berkorban dan tidak menerima gaji dari KHM kerana hanya ingin membantu pasukan tersebut berkembang kerana ia merupakan permainan baru bagi sukan hoki.
Must-Watch Video