Kapten skuad hoki 5s negara, Akhimullah Anuar Esook, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pemain Terbaik Piala Dunia Hoki 5s di Muscat, Oman awal pagi tadi.
Dalam perjalanannya membantu skuad negara bergelar naib juara Piala Dunia, Akhimullah menjaringkan 11 gol, termasuk satu gol ketika skuad negara tewas 5-2 kepada Belanda dalam aksi final.
"Anugerah Pemain Terbaik bagi Piala Dunia 5s FIH 2024 di Oman jatuh kepada kapten pasukan Malaysia, Mohamad Akhimullah Anuar Esook! Tahniah!" tulis Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) dalam satu hantaran media sosial.
Sebagai rekod, skuad hoki 5s negara mencuri tumpuan apabia layak ke final edisi pertama Piala Dunia Hoki 5s.
Muzaffar Musa
Thu Feb 01 2024