SUKAN LAIN
Piala Dunia FIG: Rachel sasar layak ke final
Atlet gimnastik artistik wanita negara, Rachel Yeoh, menyasar mara ke peringkat akhir bagi acara palang bertingkat di Piala Dunia FIG Kaherah, Mesir bermula 27 April ini.
Berikutan kategori wanita tidak dipertandingkan di Sukan SEA Kemboja, pentas tersebut menjadi satu-satunya platform buat Rachel dalam persiapan ke Kejohanan Asia Jun depan serta misi melayakkan diri ke Kejohanan Dunia pada September.
Meskipun masih dalam proses pemulihan dari kecederaan, pemenang dua pingat emas Sukan SEA Hanoi 2021 tetap gigih menjalani latihan berdasarkan program latihan yang ditetapkan jurulatihnya bagi memastikan dia kekal dalam di landasan ke Piala Dunia.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya telah menjalani persiapan sejak tiga bulan yang lalu. Saya menyasarkan melangkah ke final dan mahu cuba memastikan menamatkan saingan di kedudukan podium," kata Rachel.
"Semua atlet yang bertanding akan berada di tahap yang sama, apa yang membezakan kami semua adalah prestasi pada hari kejohanan itu nanti."