Skip to main content

Sukan Lain

Piala Dunia Boling Padang: Izzat-Soufi hidupkan peluang ke suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mas.jpg
Saingan di Piala Dunia Boling Padang 2025 menyaksikan gandingan beregu utama negara, Izzat Shameer Dzulkeple-Soufi Rusli, seakan diberikan nafas baru selepas bangkit dalam perlawanan ketiga menentang juara dunia dua kali dari Australia, Corey Wedlock-Aaron Teys.  

Penentuan tiebreak memihak gandingan negara dengan kesudahan, 3-2, 1-9, 0-1 menjadi penentu yang dibezakan dengan ketenangan meskipun jika dinilai daripada pengalaman, lawan mereka memiliki kelebihan besar.
 
Kemenangan itu menyusul selepas prestasi tidak menentu dalam dua perlawanan terdahulu, sekali gus menyukarkan peluang Malaysia untuk mara ke pusingan seterusnya. 

Gandingan Izzat-Soufi kini perlu merentasi laluan sukar dengan berbaki dua perlawanan lagi esok bagi menghidupkan semula peluang ke pusingan suku akhir, sambil memastikan jumlah kutipan mata terkumpul cukup untuk merealisasikan misi itu.






"Untuk kali ini kami telah lakukan perbincangan iaitu kami wajib menang, ini penentu untuk esok kami dapat beraksi lagi dua perlawanan.

"Petang ini kami berikan segalanya, tekanan pada pasukan lawan dengan gelaran yang mereka miliki." katanya.

 
Football

Nike BIG Discount

Diskaun 40% dan ke atas untuk kasut Nike! Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!
Grab Cepat

Advertisement

Must Watch Video