Pasangan boling padang wanita negara, Emma Firyana Saroji-Alyani Jamil, kembali bergandingan selepas enam tahun sejak kejayaan meraih pingat emas di Sukan SEA Filipina 2019.
Dalam saingan terkini di Piala Dunia Boling Padang 2025, mereka mencatatkan satu kemenangan dan dua kekalahan di peringkat kumpulan pada hari ini.
Pasangan negara menewaskan India, 5-4, 5-4, namun tewas tipis kepada Kanada serta New Zealand menerusi penentuan tie-break.
Menariknya, kekalahan kepada New Zealand hadir menentang ranking nombor satu dunia, Selina Goddard-Katelyn Inch, yang turut menjadi antara gandingan paling konsisten di pentas antarabangsa.
Walaupun keputusan hari ini tidak memihak kepada mereka, Emma dan Alyani kekal bersemangat memburu dua kemenangan penting menentang Afrika Selatan dan Wales esok bagi menghidupkan misi ke peringkat penentuan pingat.
Untuk rekod, pasangan berpengalaman ini turut menampilkan prestasi cemerlang tahun ini — meraih pingat perak di final Terbuka Australia, serta satu emas dan satu perak di Lion City Cup.
Semangat juang tinggi yang ditunjukkan mereka menjadi bukti bahawa malaysia masih berpeluang cerah untuk menambah koleksi pingat di piala dunia 2025.
"Kami masih lagi fokus, cuma ada kesilapan kecil. Kesilapan yang kami lakukan dan pihak lawan raih momentum.
"Tetapi persembahan kami lebih baik, untuk dua aksi esok perlu lakukan penambahbaikan lagi." kata Emma.
"Bagi saya tiada tekanan kerana sudah beberapa kali berdepan mereka, tetapi ya ada beberapa shoot yang kurang tepat.
"Untuk aksi hari ini okay cuma rezeki tidak berpihak kepada kami." ujar Alyani.