Skip to main content

Tenis

Piala Davis: Penubuhan pasukan suntik nafas baru

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

syed-agil-syed-naguib.jpg
Pemain tenis negara, Syed Agil Syed Naguib, mengibaratkan pembentukan skuad Piala Davis tahun ini sebagai suntikan nafas baru buat tenis Malaysia.

Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM) membentuk semula skuad elit susulan pembubaran program selepas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Syed Agil antara empat pemain termasuk Ahmed Deedat Abdul Razak, Christian Didier Chin dan Syamirul Adam Das yang disenaraikan untuk mewakili Malaysia dalam Piala Davis

Tugasan itu dinanti-nantikankan Syed Agil untuk membuktikan pelaburan melantik Suresh Menon sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan tidak sia-sia.

"Kami meningkatkan prestasi dengan menjalani latihan kecergasan setiap hari.

"Selain itu, kami menyertai kejohanan di dalam dan di luar negara dengan yang terbaru, kami baru sahaja pulang dari Thailand dan Indonesia.

"Prestasi kami semakin bagus, ada menang dan ada kalah.

"Secara peribadi, saya berasakan peningkatan yang bagus dan bersedia untuk bekerja lebih keras hingga Piala Davis," katanya.

Malaysia akan memulakan misi kelayakan ke Kumpulan 2 Zon Asia-Ocenia, Piala Davis, bermula 26 Jun ini dengan menentang tujuh pasukan lain di Singapura.

"Bulan ini merupakan bulan terbaik buat saya kerana selama tiga bulan pertama tahun ini, saya masih menjalani proses pemulihan.

"Saya kini lebih yakin kerana berdasarkan latihan, saya berada di tahap yang sangat bagus, jadi saya yakin untuk menghadapi Piala Davis," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video