TENIS
Piala Davis: Dan Evans pacu Great Britain ke suku akhir atasi Perancis
Dan Evans muncul wira Great Britain dalam acara perseorangan dan beregu sewaktu mencatatkan kemenangan tipis ke atas Perancis dalam aksi Piala Davis di Manchester awal pagi tadi.
Evans bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan pemain remaja, Arthur Fils, dan selepas Cameron Norrie tewas kepada Ugo Humbert, dia kemudian bergandingan dengan Neal Skupsi untuk meraih kemenangan 1-6, 7-6, 7-6 ke atas Nicolas Mahut dan Edouard Roger-Vasselin.
Beregu British itu menyelamatkan empat mata akhir dalam set penentuan sebelum memenangi mata akhir kedua dalam penentuan tie break untuk memastikan kemenangan pasukan mereka.
Iklan
Kemenangan 2-1 itu memastikan Great Britain bergelar juara kumpulan dan layak ke saingan suku akhir di Malaga pada November depan, di mana mereka akan menghadapi Itali atau pasukan yang diperkuatkan Novak Djokovic, Serbia.
WHAT A TIE ?Great Britain secure their place in the last 8 in Malaga! #DavisCup | @the_LTA pic.twitter.com/7UusTZE7M1— Davis Cup (@DavisCup) September 17, 2023
Must-Watch Video